Friday 28 December 2012

Pesanan buat Muslimah dari seorang Muslim


Semenjak kebelakangan ini, dan
mungkin dah bertahun ini, saya
melihat wanita-wanita islam
(bujang) Malaysia selalu buat
promosi di FACEBOOK, tentang
mencari pasangan dengan ayat
berbunga2, merintih2, menyeru2,
mendayu-dayu, memuja-muja,
walau menggunakan Hadith
rasulullah berkenaan cinta,
dihuraikan pula dengan umpama
lelaki yang sedang
berKASANOVA.

Lebih menyedihkan mereka yang
berminat berAYAT seperti itu
adalah yang sopan santun,
berpurdah, berjilbab labuh,
menutup aurat dan lain-lain.
Tidakkah anda berasa merendah
martabat wanita? Kerana FB
bukan tempatnya.

PERCAYALAH SESUNGGUHNYA IA
MEMUALKAN BAGI LELAKI
SOLEH, dan menaikkan syahwat
bagi lelaki toleh/Mata
keranjang,pemaksiat dan lain-lain.
Maka kiranya FB tempat anda
meluah dan mecari,nantikan
pemangsa akan memakan anda,
akan sukar mencari idaman calon
syurga hanya menumpu di FB.

Kiranya anda (wanita Muslimah)
ingin mencari teman, adalah baik
bukan di FB,carilah lihatlah
mereka di majlis2 ilmu, di masjid2,
di pertubuhan bait muslim, di
medan perjuangan atau lebih
mudah dikata medan Islamik.

WAHAI WANITA
ISLAM,JANGANLAH DIBUKA
PEKUNG DIDADA MENJADI
TONTONAN UMUM,JAGA
MARUAH ISLAM DAN WANITA
MUSLIMAH.

Saat ini bukan sesuai bermadah
pujangga memuji-muji lelaki demi
mencari calon hati. Saat ini
adalah lebih baik bersama
dengan perjuangan islam, FB
boleh menjadi medan
dakwah,seru ummah membantu
islam di Palestin, Rohingya, Suria
dan lain-lain bentuk seruan
kepada jalan islam. FB bagi wanita
muslimah bukan hanya tempat
menulis hadith cinta atau meluah
kemaruk kasih..

Fikir-fikirkan..

Wanita YANG SUKA
BERKHAYAL,
hiduplah dalam realiti dan bukan
fantasi, membuang masa
berpujangga, menjumud fikiran
dengan fikiran tertumpu dek
khayal cinta, akan hidup tidak
manfaat untuk ummah bahkan
untuk diri sendiri jauh berada
terkebelakang.Wanita muslimah
JANGAN KETINGGALAN .

0 comments: